Popular Posts

Friday, November 19, 2010

Nasyid Generasi 25

Nasyid adalah aktiviti yang paling sinonim dengan generasi 25.Program ini telah melahirkan bakat-bakat besar dan menyerlahkan bakat terpendam dalam diri pelajar.Aktiviti ini juga merupakan agenda utama dalam setiap program yang diadakan pada setiap tahun.Generasi 25 juga telah berjaya mendapat tempat yang membanggakan sepanjang penglibatan dalam aktiviti nasyid ini.Kemahiran yang sangat menonjol dalam kumpulan nasyid generasi 25 ini dapat dilihat pada kreativiti ahlinya bermain alat muzik.Semasa program Bulan Penghayatan Islam 2010,Pasukan nasyid generasi 25 telah berjaya mendapat johan dalam acara 'nasyid inter-form'.Semoga kejayaan ini akan terus berkekalan.
persembahan penutup yang memukau

Thursday, November 18, 2010

Malam Perpisahan

                                                                
Pada 13 November 2010,Generasi 25 telah mengadakan Majlis perpisahan dengan bertema 'Malam 1001 Kenangan dan Munajat Kecemerlangan'.Majlis ini telah diadakan secara besar-besaran bagi merapatkan ukhuwah ahli generasi 25 kerana mungkin pada tahun 2011,ada dalam kalangan ahli generasi 25 yang akan meneruskan sesi persekolahan di sekolah lain.Para guru yang mengajar tingkatan 3 juga turut hadir bagi bersama-sama memeriahkan majlis ini.Secara keseluruhannya,majlis ini telah dijalankan dengan jayanya.










asal usul generasi 25 (samer)


Generasi 25 adalah pelajar di Sekolah Agama Menengah Rawang bagi sesi 2008-2012.Ahli Generasi 25 ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah di sekitar daerah gombak.Generasi ini kini mempunyai sekitar 160 orang ahli.